Ekstrak dari khutbah Hazrat Khalifatul Masih al-Thani (29 januari 1915)
Pada 29 Januari 1915, selepas solat Asar, Hazrat Khalifatul Masih al-Thani melangsungkan perkahwinan Pir Akbar Ali Sahib Vakil dari Ferozepur dengan Mumtaz Begum Puteri Mirza Nasir Sahib Vakil dengan mas kahwin Rp. 10,000.
Setelah menilawatkan ayat-ayat yang disunatkan dalam khutbah nikah Huzur bersabda:
“Lakukan perkahwinan dengan niat untuk mencapai ketakwaan. Anak-anak hendaklah baik dan menunjukkan kemuliaan Allah dan ia bergantung kepada didikan yang baik kepada anak-anak. Ia bergantung kepada didikan agama para isteri. Oleh itu, setiap lelaki bukan sahaja sendiri membaca al-Quran dengan terjemahan, mempelajari agama, tetapi juga harus mengajar isterinya.”
(Al-Fazl, 31 Januari 1915 mukasurat 1)
Huzur menyampaikan Khutbah Nikah dan juga mengatakan hal ini di dalamnya:
“Orang ramai menetapkan mahar sama ada 32 rupee dan ia dipanggil mahar Syariah atau tiga mina emas dan seberapa banyak mina perak dan seberapa banyak barang perhiasan, kedua-dua ini adalah perkara sia-sia. Mahar hendaklah mengikut status kedua-dua belah pihak.”
(Al-Fazl, 2 Februari 1915 mukasurat 1)