Ekstrak dari khutbah Hazrat Khalifatul Masih al-Thani (27 Mac 1915)
Selepas solat Maghrib pada 27 Mac, Hazrat Khalifatul Masih al-Thani (R.A.) menyampaikan khutbah Nikah Kazi Abdul Haq Sahib dan Muhammad Bibi binti Mukaram Jamaluddin Sahib Gujranwala, walaupun dalam keadaan lemah dan sakit.
Selepas menilawatkan beberapa ayat mengenai pernikahan beliau r.a bersabda:
Menurut sunnah Islam, khutbah nikah hendaklah dibacakan sambil berdiri (Huzur sedang duduk di atas kerusi pada masa itu) tetapi saya telah sakit selama beberapa hari dan tidak dapat berdiri. Ini adalah solat yang saya laksanakan sambil berdiri selepas beberapa hari. Saya berkeinginan untuk menyampaikan sendiri khutbah nikah pada hari ini. Tekak saya terasa sakit jadi suara pun tidak kuat. Mungkin dengan kurnia Allah Taala akan mendapat taufik seperti ini.
Di antara ayat-ayat yang biasa dibaca oleh Hazrat Rasulullah sa salah satunya ialah ayat ini QUULUU QAWLAN SADIIDAA . Berkata benar, berkata yang pasti, teguh dan berkata yang baik. Di dalam pernikahan manusia banyak melakukan percakapan dusta. Kedua-dua belah pihak pasti tidak memperhatikan hal ini sama ada kata-kata mereka sesuai dengan fikiran hati mereka atau tidak demi untuk memenuhi tujuan mereka dan untuk mendapatkan tuntutan mereka, ini adalah perkara yang perlu dipertimbangkan. Perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk mencapainya telah dilakukan. Pihak lelaki meyakinkan pihak perempuan bahawa saya adalah hamba anda selepas hari ini, maka itulah sebabnya mesej perkahwinan juga diberikan, dengan kata-kata ini bahawa terimalah saya sebagai hamba anda, tetapi dia yang menulis sebelum perkahwinan supaya menjadikannya sebagai hamba namun pada hari perkahwinan dan apabila gadis sudah menjadi miliknya, maka sebagai ganti menjadi hamba, sebaliknya dia mahu menjadi tuan. Dia yang ingin menguasai gadis itu mahu menjadikan ibu bapa gadis yang telah dipisahkan itu sebagai hambanya dan tunduk kepada kehendaknya, sehinggakan perkataan mertua menjadi satu penghinaan dan kata-kata itu menjadi sumber bahan penghinaan. Oleh kerana manusia memerlukan seseorang untuk membantunya, untuk menjadi kawannya, untuk meratapinya, untuk menjadi kekasihnya, memikirkan kesulitan ini dan melihat kesulitan ini, dia terlebih dahulu memberi jaminan akan perhambaannya bahawa supaya secepat yang mungkin dia mampu menjayakan keinginan serta kehendaknya dan sesiapa sahaja yang menjadi penghalang kepada kehendaknya ini maka dia mahu memijak mereka di bawah tumit.
Begitu juga dengan pihak perempuan, selagi pasangan belum menjadi suami isteri terkadang mereka mewar-warkan mengenai kebolehan si gadis, kadang-kadang menekankan pada soal kecantikan si gadis, menekankan soal tingkat pelajaran si gadis, kadang-kadang menekankan soal budi pekerti dan akhlak si gadis. Bermacam-macam cara mereka lakukan untuk memperlihatkan bahawa si gadis tidak mempunyai sebarang aib dan kecacatan. Namun apabila pihak lelaki telah yakin bahawa tidak ada lagi gadis yang lebih baik darinya maka pihak perempuan ini juga yang pada akhirnya mengatakan bahawa inilah gadisnya yang penuh kekurangan tapi apa yang kami boleh buat, padahal sebelumnya mereka memuji-muji anak gadis mereka tanpa had. Dalam hal ini memang ada sesetengah orang yang tidak boleh berubah dari segi akhlak mahupun wajah namun manusia boleh mengawal percakapan mereka. Oleh itu, bercakaplah menurut keadaan dan hakikat sebenar, tidak perlu memutarbelit kenyataan. Allah Taala berfirman QUULUU QOWLAN SADIDAA. Bertakwalah dan jangan sekali-kali menipu semata-mata untuk mencapai kehendak hati dan jika kehendak sedemikian tercapai sekalipun disebabkan oleh penipuan maka kehendak itu tidak akan bertahan lama yakni bersifat sementara serta akan menjadi punca kegagalan dalam kehidupan. Kunci kepada kejayaan dan kemenangan adalah TAQWA. Oleh itu sentiasalah melakukan sesuatu dengan dasar ketaqwaan. Tinggalkan tipu muslihat. Jangan pernah mendekati penipuan. Sekiranya tanpa menggunakan tipu muslihat, perkara yang sebenar disampaikan maka hasilnya tidak akan timbul rungutan samada dari pihak lelaki mahupun perempuan kerana perjanjian telah dipenuhi.
Disebutkan dalam hadis bahawa seseorang membina bangunan. Dia memberi satu dinar kepada mereka yang bekerja sehingga zohor. Kemudian dia mengupah pekerja lain dan menyuruh mereka bekerja dari zohor hingga asar dan membayar upah yang sama. Kemudian dia mengupah lebih banyak pekerja dan menyuruh mereka bekerja sampai petang dan memberi mereka upah dua kali ganda. Apabila pekerja pertama mengadu, dia mendapat jawapan bahawa Adakah saya tidak menunaikan janji yang saya buat dengan awak? Dia kata terpenuhi. Jadi tidak boleh mengeluh sekarang. Jika saya memberi lebih daripada harta saya kepada seseorang, itu adalah kehendak saya. Tuan rumah adalah Allah dan pekerja adalah Yahudi, Kristian dan Muslim. Oleh itu, apabila orang Islam mendapat ganjaran berganda, orang Yahudi dan Nasrani tidak boleh mengeluh kerana apa yang dijanjikan kepada mereka telah ditunaikan.
Begitu juga, jika seseorang membayar apa yang dijanjikannya dan mengambil hak ke atas dirinya, maka tidak ada aduan terhadapnya. Ya, adalah satu kesilapan jika seseorang mula-mula membuat banyak janji sebagai bermegah-megah, yang tidak pernah dituntut oleh sesiapa pun, kemudian tidak menunaikannya.
Perlu diingat juga bahawa sesiapa yang melangsungkan perkahwinan mengikut cara Islam sambil duduk dalam majlis orang Islam, walaupun dia tidak bercakap, jika dia melakukan perkahwinan itu mengikut syariat agama, adalah seolah-olah perkahwinan itulah yang menjadi bukti bahawa dengan kata lain dia telah melakukan perkahwinan itu dengan mengikuti segala peraturan. Kini menjadi kewajipannya untuk menunaikan sepenuhnya hak yang telah ditetapkan oleh Islam. Jika dia membayar penuh, maka tidak ada sebab untuk merungut tentangnya kerana memberi lebih adalah atas kerelaannya sendiri sama ada dia memberi atau tidak. Ingatlah bahawa kerosakan akan berlaku apabila seseorang berjanji kemudian menentangnya. Sebagai contoh, ada orang yang tidak menginginkan supaya saya pasti akan mendapat isteri yang cantik, tetapi pihak perempuan memuji-muji kecantikan gadis-gadis mereka, atau sebagai contoh, dia tidak mahu saudara-mara isterinya kaya-raya atau berjawatan tinggi, tetapi pihak perempuan mengatakan bahawa kononnya saudara mara kami sangat kaya dan berjawatan tinggi. Kini selepas berkahwin, pengantin lelaki melihat bahawa yang dipuji di hadapan saya tidak ada padanya, maka dia pasti akan menyesal. Begitu juga, jika seseorang membeli kain daripada pekedai, maka pekedai itu memuji-muji kain itu di hadapan orang itu, yang tidak terdapat dalam kain itu, dan bukan juga kehendak pembeli, bahawa ia mesti kain sedemikian sepertimana yang pekedai itu jelaskan di mana sekarang pekedai itu mengeluarkan kain yang bertentangan maka pelanggan itu pasti akan curiga dan pekedai akan rugi.
Islam menasihati supaya Quulu Qaulan Sadiida. Bertakwalah, jangan berdusta dalam soal jodoh. Pembohongan telah berleluasa di zaman kita dan apa-apa yang berdasarkan dosa akan memudaratkan hingga ke akhirnya.
Dengar! Hubungan suami isteri bukan sejam tetapi seumur hidup. Bukan untuk sepanjang hayat, tetapi saya katakan sehingga hari kiamat, kerana kesan hubungan ini akan berterusan dari generasi ke generasi. Jadi hubungan ini bukan untuk satu atau dua hari tetapi sehingga hari kiamat. Benih yang baik yang disemai bukan untuk tahun ini tetapi benih yang sama yang akan disemai untuk tahun hadapan dan seterusnya. Kawasan tertentu mempunyai pengeluaran tertentu. Contohnya pokok kurma Arab. Mengapa? Kerana benih itu adalah sedemikian rupa baik dan ia ditanam dengan kaedah yang terbaik. Kini pengaruhnya berterusan hingga ke hari ini. Inilah sebabnya walaupun dalam perkahwinan mengikut pada tuntutan agama bahawa gadis itu harus baik dari segi agama. Akhlak lelaki itu tidak sepatutnya buruk. Di Arab, kuda pun dianggap mempunyai kasta. Masyarakat di Eropah amat teliti dengan pertanian. Begitu jugalah dengan umat manusia. Perkahwinan yang berlandaskan kejujuran dan keikhlasan serta keredaan Allah Ta’ala itu tetap diingat, sudah pasti ia akan membuahkan hasil yang baik. Lihat, Hazrat Ibrahim telah berkahwin. Perkahwinan ini berdasarkan pada prinsip yang mulia sehingga hanya nabi-nabi yang dilahirkan. Di satu pihak, Musa, Harun, Al Masih (as) pada generasi kedua, Ismail (as) dan kemudian seorang nabi besar seperti Nabi (saw) yang lebih agung dari semua nabi. Pertimbangkan dahulu ada benih yang pengaruhnya berterusan hingga ke hari ini. Maka perkahwinan yang berlandaskan keikhlasan itulah yang akan menyebarkan kebaikan. Orang ramai kurang mengambil berat tentang perkara sedemikian dan ingin mencapai matlamat mereka secepat mungkin.
Seseorang mengatakan kepada Hazrat Sahib bahawa Huzur telah melarang untuk menjalinkan hubungan dengan orang ghair Ahmadi. Jika ada daftar di mana di dalamnya terdapat senarai lelaki dan perempuan Jamaat dan perkahwinan mereka dilakukan dengan izin Huzur, maka bukan sahaja akan ada kemudahan malah akan diberkati. Huzur telah meluluskan permintaan ini. Secara kebetulan, isteri seorang Ahmadi meninggal dunia, dan Huzur bercakap dengan orang yang membuat daftar tentang Rishta Nata. Dia berkata bahawa ini tidak boleh berlaku, kami adalah Mughal sedangkan mereka adalah Pathan. Akhirnya, dia memberikan anak gadisnya kepada ghair Ahmadi. Hazrat Sahib meninggalkan daftar selepas itu. Ada lagi orang seperti itu, katanya, Huzur! Ini anak gadis saya, saya serahkan kepada tuan. Huzur berkata, “Baiklah, kahwinkanlah dengan orang itu dan orang itu.” Baru saja dia katakan terpulang pada Huzur. Sekarang dia mula mengatakan bahawa orang itu sudah tua. Huzur berkata, kahwinkanlah dengan si fulan dan si fulan. Dia berkata bahawa padanya terdapat cacat cela. Kemudian selepas beberapa hari, dia datang dan berkata, “Apakah keputusan pernikahan dengan si fulan?” Huzur berkata, kahwinkan dengan Ahmad Noor Pathan. Dia tidak menerima dan menikahkan di tempat lain. Huzur pun tidak hadir dalam majlis akad nikah. Kemudian saya melihat bahawa keluarga ini juga telah meninggalkan Khalifah. Banyak kejadian sebegitu berlaku pada zaman Hazrat Khalifah I dan Hazrat Maulvi Sahib secara terbuka menyebut orang seperti itu. Tidak diketahui mungkin orang sebegini menganggap khalifah sebagai tukang gunting rambut. Pada era seterusnya, tukang gunting rambut pun tidak ditolak, tetapi hari ini adalah era kebebasan, kini ada yang melakukan sesuatu yang menentangnya. Nampaknya mereka ini juga ingin memberikan kedudukan yang sama kepada Khalifah. Jika suka, maka diterima, jika tidak, tidak mengapa. Tidak diketahui siapa yang memberitahu orang seperti itu bahawa kamu mesti berkahwin melalui Khalifah. Jika mereka mahu mengikut kehendak mereka, maka secara automatik mereka melakukan apa yang mereka mahu. Alasan ini juga tidak masuk akal bahawa keputusan perkahwinan Khalifah mungkin tidak baik. Kami mengatakan bahawa terdapat beratus-ratus contoh seperti di mana ibu bapa menikahkan selepas melakukan banyak kajian dan berlaku pergaduhan atau ia tidak berakhir dengan baik. Ada perselisihan faham antara suami isteri atau perkara lain berlaku.
Oleh itu, alasan ini adalah tidak munasabah, jika mereka bertindak dengan ikhlas, insya-Allah, perkahwinan sebegini akan sangat diberkati, tetapi orang ramai tidak fikir dan ingkar. Saya katakan bahawa kini era ketiga telah bermula dan dalam era ini juga ada orang yang mula-mula mengatakan bahawa anak perempuan kami ini adalah anak perempuan tuan, kahwinkan dia di mana sahaja tuan mahu. Tetapi apabila dikatakan melakukan itu dan ini, mereka mengambil nama orang lain dan mengatakan bahawa kami telah memikirkan tempat itu dan ini, kami melakukannya di sana dengan izin Huzur. Ini bukan sesuatu yang berlandaskan kejujuran dan keikhlasan. Perkahwinan yang sedang berlangsung sekarang ini adalah terkecuali. Ini adalah Jamaluddin. Dia menulis bahawa tuan boleh melakukannya di mana sahaja tuan mahu. Apabila saya menyebut nama seseorang, dia berkata, “Mengapa tuan bertanya kepada saya? Saya telah mempercayakannya kepada kamu.” Begitu juga ketika saya bertanya mengenai jumlah mahar, dia berkata bahawa aku telah menitipkannya kepadamu. Ini adalah contoh keikhlasan yang baik. Bukan niat saya untuk meletakkan semua perkahwinan di bawah tanggungjawab saya, tetapi sesiapa yang memberitahu saya dan mempercayakan perkara itu kepada saya, maka perlu diambil kira bahawa dia harus menerima apa yang dikatakan sekarang. Lihatlah, antara syarat bai’at taat setia kamu bukanlah kamu mengahwinkan anak perempuan kamu melalui saya. Jamaah semakin berkembang dan akan tersebar ke seluruh dunia, insya-Allah. Sekarang, jika menjadi kewajipan khalifah bahawa semua perkahwinan harus dilakukan oleh mereka, maka ini adalah beban yang besar. Jadi, jika seseorang berkahwin tanpa pengetahuan saya, ia tidak menyebabkan kehilangan iman, tetapi jika seseorang mengatakan bahawa perkara ini terserah kepada anda, kemudian apabila disuruh berbuat demikian dan berpaling daripadanya, maka ini adalah perkara yang tidak diingini. Minta maaf, walaupun kita terlibat dalam perkahwinan sebegitu, ia tidak akan ada berkat, akan berlaku huru-hara. Jangan fikir rusuhan itu berlaku serta-merta. Suami isteri boleh hidup harmoni, tetapi anak-anak dilahirkan kotor. Oleh itu, kadang-kadang hasilnya akan menjadi kucar-kacir. Asas yang telah pun diletakkan sebagai biji benih dan perkahwinan yang akan berasaskan kejujuran pasti akan membuahkan hasil yang baik. Lihatlah, ada orang yang jahat dan buruk, tetapi dari keturunan mereka datang orang yang baik seperti Abu Jahal dan anaknya Ikramah. Bapanya adalah sedemikian rupa bahawa tidak ada seorang Muslim yang ingin menamakan dirinya Abu Jahal, dan anak lelakinya ialah sedemikian rupa di mana para wali besar mempunyai keinginan untuk menjadi sepertinya. Oleh itu, benih yang baik akan menghasilkan buah yang baik dan benih yang buruk akan menghasilkan yang jahat. Saya telah membuat komitmen sekarang dan saya mahu pembohongan ini dihapuskan kerana jika semua aspek iman tidak subur maka ada bahaya tentang iman yang sempurna bahawa pokok itu akan menjadi separuh kering dan selebihnya juga separuh layu. Saya melihat bahawa terdapat beberapa kecacatan dalam Jamaah, tidak ada kepatuhan kepada masa, kurang inisiatif untuk melakukan pekerjaan terbaik dari masa dan tidak ada keberanian. Letakkan dua orang untuk siasatan, mereka sangat baik, alim dan ikhlas, tetapi kadang-kadang saya tidak berpuashati tentang keputusan mereka.
Lihat, sekarang Jamaat akan berkembang. Selain perselisihan sesama sendiri, boleh juga berlaku perselisihan dengan khalifah dalam urusan dunia, maka orang yang dilantik sebagai hakim hendaklah membuat keputusan yang betul dan jangan sekali-kali memikirkan bahawa ini adalah khalifah. Lihatlah, hakim adalah wakil Tuhan pada masa ini. Seorang nabi juga kadang-kadang menyuruh seseorang dalam urusan dunia untuk menilai saya dan dia dalam perkara ini. Maka sekarang ini sama sekali tidak dibenarkan bagi hakim untuk berfikir bahawa Nabi akan mendapat manfaat. Hakim hanya perlu mempertimbangkan apa yang betul, kemudian dia harus melafazkan keputusan. Kadang-kadang, sesetengah orang menjadi takut dengan melihat muka. Mereka mempunyai ketakwaan yang besar, tetapi terdapat banyak cabang iman. Terdapat kecacatan pada satu cabang atau yang lain. Sesetengah orang teragak-agak untuk memberikan keterangan yang sewajarnya terhadap orang besar dan ada yang tidak memberikan penghakiman yang sewajarnya padahal hakim harus memutuskan berdasrkan bukti. Tidak kira siapa yang terkesan dengan keputusan ini dan siapa yang tidak. Saya katakan bahawa sehingga asas ini muncul dalam Jamaat, jangan fikir ia telah berada pada batu yang kukuh. Jika kejahatan ini berterusan, ia akan maju dan membinasakan generasi akan datang. Oleh itu, ia perlu dibimbangkan dari sekarang. Contohnya ada seorang khalifah, dia berniaga. Mungkin terdapat pertikaian dalam transaksi kewangan. Kini hakim yang akan dilantik harus membuat keputusan berdasarkan fakta. Sesetengah orang mempunyai kelemahan moral ini. Mereka beranggapan jika kita membuat keputusan menentang Khalifah dan menjadikannya pendusta, padahal ini jelas adalah satu kesilapan. Kerana kesilapan pengiraan adalah satu perkara lain dan realiti sesuatu perkara adalah sesuatu yang lain. Contohnya, Zaid mengambil seratus 100 rupee daripada seorang, Zaid mengatakan bahawa saya telah membayarnya semua. Jika orang itu mengatakan bahawa saya mengambil 90 maka ia bukan satu pembohongan tetapi boleh jadi berlaku kesilapan dalam pengiraan. Terdapat banyak perkara sebegini yang boleh diperbetulkan. Selagi kekuatan sebegitu tidak diwujudkan bahawa orang-orang beriman menghabiskan masa-masa ini dengan cara yang terbaik dan bertindak berani berdasarkan kejujuran dan keikhlasan, maka perkara ini tidak akan mungkin akan terjadi.
Ingatlah bahawa terdapat perbezaan antara kekasaran dan keberanian. Kebenaran dan kesombongan juga berbeza. Kadang-kadang keberanian berubah menjadi kekasaran dan kelemahan. Sebagai contoh, seseorang ditanya apakah pendapat anda dalam perkara ini. Sekarang dia tidak bercakap jadi ini dinamakan tidak sopan. Jadi tidak bercakap sebenarnya adalah tidak sopan. Seorang lagi memberi pendapat tanpa diminta dan jika mula bercakap, keberanian ini adalah tidak sopan. Oleh itu, ungkapan kejujuran dan kesopanan tidak bercanggah. Begitu juga kelemahan dan kesopanan bukanlah perkara yang sama. Luangkan masa dengan bijak. Kecemerlangan bukan bermakna seseorang itu menghabiskan masa 24 jam tetapi dia menggunakan masa dengan baik dan melakukan sesuatu yang produktif dalam tempoh yang singkat. Mereka yang telah diberi pimpinan oleh Tuhan hendaklah menjaga kesopanan dan pastinya akan menjaganya tetapi pertimbangkan seperti yang telah saya jelaskan. Macam-macam perkara terjadi, niat saya mahu perbetulkan kesemuanya. Jika Allah menghendaki, Dia boleh melakukannya melalui tangan saya atau melalui orang lain. Pokoknya Dia boleh melakukannya melalui sesiapa yang dia mahu. Keinginan saya ialah supaya ianya diperbaharui. Saya tidak yakin tentang umur saya, selagi Dia mahu mengambil khidmat agama daripada saya, saya sanggup berkhidmat untuk agama-Nya.